Mohd Kamal bakal tampil dalam forum khas Sinar Harian

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Sinar Harian dengan kerjasama Emir Research akan menganjurkan satu forum khas bertajuk ‘Korupsi dan Hipokrasi dalam Politik Melayu-Islam’ pada Khamis ini.

Buat julung kalinya, forum yang diadakan bermula jam 8 malam itu nanti bakal menampilkan sarjana akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai penampilan khas.

Selain penampilan khas, beliau juga akan melancarkan buku terbaru tulisannya yang diterbitkan oleh Emir Research bertajuk ‘Corruption And Hypocrisy In Malay Muslim Politics’ pada masa dan hari yang sama.

Mohd Kamal akan mengupas serba sedikit inti pati kandungan bukunya dalam forum yang akan diadakan ini nanti.

Forum yang akan disiarkan di semua platform Sinar Harian turut menampilkan empat lagi panelis serta hos yang merupakan alumni UIAM.

Empat orang ahli panel yang bakal tampil dalam forum ini nanti adalah bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dihoskan Sayed Munawar Sayed Mustar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!