Tiga 'scammer' ditahan polis

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki disyaki 'scammer' yang terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis kediaman di Jalan Kuchai Lama di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amizhizam Abdul Shukor berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan warga tempatan berkenaan menggunakan aplikasi WeChat untuk mendapatkan mangsa.

Menurutnya, kesemua suspek berkenaan ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak Ogos 2020 dan menyasarkan mangsa warganegara Malaysia.

"Ketiga-tiga tangkapan berperanan sebagai Operator pemantau keputusan bola sepak menggunakan laman web dataservices.betgenius.com dan bo.xm33.m8manage.com," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Amihizam berkata, pihaknya merampas beberapa barang kes di lokasi serbuan manakala kesemua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Turut dirampas tifa unit komputer riba, tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit modem wifi dan sebuah buku nota catatan yang mengandungi pelbagai butiran,"katanya.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu) dan pada masa sama beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan helah licik pihak sindiket.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!