Aktiviti Memancing
Aktiviti memancing ikan di bawah Jambatan Pulau Pinang boleh mengundang bahaya.
Gelagat yang ditunjukkan mereka boleh mendatangkan bahaya ketika musim hujan dan laut bergelora ketika ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sistem cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan barat Sarawak dijangka bergerak ke arah barat menghampiri kawasan rendah perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sekitar 15 Disember ini.
Seterusnya, sistem ini dijangka merentasi kawasan utara semenanjung menuju ke Laut Andaman pada 17 Disember ini.
Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan yang boleh mengakibatkan banjir terutamanya di negeri-negeri timur dan utara semenanjung. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!