Ketua Geng Dubuk diberkas semula

Cha Hoong Fong (dua dari kanan) menunjukkan antara barang yang dirampas dalam sidang media yang dijalankan di IPD Klang Selatan pada Rabu.
Cha Hoong Fong (dua dari kanan) menunjukkan antara barang yang dirampas dalam sidang media yang dijalankan di IPD Klang Selatan pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Ketua kumpulan Geng Dubuk yang pernah dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) diberkas semula kali ini dipercayai terlibat kes samun, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek berumur 40an itu yang sebelum ini diletakkan di bawah pengawasan polis di Balai Polis Seberang Perai Tengah ditahan bersama tiga suspek dipercayai ahli kumpulan itu.

"Empat suspek ini dipercayai terlibat dalam kejadian samun melibatkan seorang mangsa berumur 55 tahun di Lorong Resak, Palm Grove Klang pada 25 September lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang tersebut, mangsa didatangi dua lelaki bermotosikal yang kemudian meragut beg sandang dipakai mangsa.

"Rentetan kejadian berkenaan, polis memberkas empat suspek di beberapa lokasi sekitar Klang dan merampas sebuah motosikal serta empat buah telefon bimbit.

"Siasatan yang dijalankan mendapati kesemua suspek terlibat dalam 20 kes samun dan ragut di sekitar Klang Selatan," katanya dalam sidang media di IPD Klang Selatan, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong



Menurutnya Modus Operandi Geng Dubuk ini menyasarkan mangsa yang berjalan seorang diri dan kesemua suspek mengaku terlibat dalam 20 kes samun dan ragut.

"Empat suspek itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah, suspek pertama pernah ditangkap atas kesalahan jenayah sama pada 2017 dan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) oleh Polis Klang Selatan.

"Suspek juga diletakkan di bawah pengawasan polis di Balai Polis Seberang Perai Tengah selama dua tahun," katanya.

Tambah beliau, semua suspek direman untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti penglibatan mereka dalam kes-kes lain serta mengesan barang kes yang berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!