Caj RM1 di ATM dilaksanakan semula mulai Februari depan

Caj transaksi RM1 akan dikenakan semula kepada pelanggan yang mengeluarkan wang tunai antara bank di ATM, berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.
Caj transaksi RM1 akan dikenakan semula kepada pelanggan yang mengeluarkan wang tunai antara bank di ATM, berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Caj transaksi RM1 akan dikenakan semula kepada pelanggan yang mengeluarkan wang tunai antara bank di ATM, berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.

Hasil tinjauan Sinar Harian pada Rabu mendapati, beberapa bank telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial masing-masing antaranya Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd dan RHB Bank Bhd.

Berikut merupakan beberapa kenyataan ringkas yang dikeluarkan bank terbabit:

“Harap maklum bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula. Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank.” - Maybank

“Para pelanggan yang dihormati, berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic,” - CIMB

“Bermula pada 1 Februari 2022, caj RM1 akan dikenakan semula bagi transaksi pengeluaran di ATM bank lain bagi setiap transaksi yang dilakukan. Bagi pemegang kad Bank Islam, tiada caj dikenakan untuk pengeluaran menggunakan ATM Bank Islam.” - Bank Islam

“Adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan semula kepada pelanggan kad debit RHB Bank bagi pengeluaran wang tunai di ATM bank lain. Pemegang kad debit RHB Bank boleh melakukan pengeluaran wang tunai tanpa caj di semua ATM RHB Bank.” - RHB

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, OCBC dan UOB mengecualikan yuran sebulan lebih awal.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu membayar caj RM1.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!