ADUN BN bantu Perak FC sumbang RM104,000

Jurij ketika ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 Perak pada Persidangan Keempat, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-14, pada Rabu.
Jurij ketika ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 Perak pada Persidangan Keempat, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-14, pada Rabu.
A
A
A

PERSIDANGAN Dewan Negeri Perak pada Rabu diberitahu bahawa seramai 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Speaker Dewan Negeri membantu menyalurkan sumbangan kepada Perak FC.

Dr Jurij Jalaludin (BN-Lubuk Merbau) berkata, setiap ADUN berkenaan menyumbang RM4,000 seorang terus ke akaun pasukan yang berdepan masalah kewangan sebelum ini.

Menurut bekas Exco Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) itu, semua pihak bersetuju bahawa prestasi pasukan bola sepak Perak yang sedang menurun ketika ini perlu diberikan bantuan sewajarnya dengan ahli politik turut membantu.

"Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih sebab Yang Berhormat (ADUN) BN ini yang telah mengeluarkan duit poket RM4,000 seorang. Seramai 26 YB BN (termasuk Speaker) ini beri RM4,000 jadi ada lebih kurang RM104,000 untuk pasukan Perak FC.

"Jadi, kami YB BN ini bersama keluarkan duit masukkan dalam akaun Perak FC," katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 Perak di Persidangan Keempat, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-14 di sini, pada Rabu.

Menurutnya, penyaluran sumbangan itu dibuat selepas pihak pengurusan bertemu dengan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (BN-Pangkor) memaklumkan mengenai masalah kewangan dihadapi pasukan selepas perlawanan terakhir Piala Malaysia 2021 baru-baru ini.

Sementara itu, Jurij turut menegur pihak pengurusan PAFA yang terlalu banyak politiking dalam mentadbir badan induk bola sepak Perak itu.

Menurutnya, apabila orang politik mahu membantu pasukan, mereka menghalang dengan alasan bahawa ahli politik tidak boleh masuk campur dalam pentadbiran persatuan sukan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, ketika dihubungi Sinar Harian, beliau menjelaskan sumbangan yang diberikan oleh ADUN BN itu untuk membantu pasukan dan pemain yang berdepan masalah kewangan.

Katanya, pada perbahasan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Chenderiang) menyatakan bahawa pasukan Perak FC tidak dibantu sedangkan ADUN-ADUN BN prihatin terhadap skuad Kejor Yeop Kejor itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!