Enam jam ibu tidak sedarkan diri: Roslan Shah

Pengacara, Roslan Shah
Pengacara, Roslan Shah
A
A
A

PENGACARA, Roslan shah meluahkan rasa syukur apabila ibu tercinta telah selamat menjalani pembedahan perut.

Menurutnya, 12 batu kecil di dalam perut ibunya, Mariam Kari, 79, berjaya dibuang sewaktu menjalani pembedahan di Hospital Besar Changi, Singapura.

"Alhamdulillah ibu tercinta Cik Lan sudah sedar daripada pembedahan perut ada 12 batu kecil di dalam perutnya.

"Kata doktor ibu tercinta Cik Lan sangat kuat amin. Pada mulanya doktor kata ada risiko sewaktu pembedahan, kakak Cik Lan kena sign surat pembedahan.

"Selama enam jam ibu tercinta Cik Lan tidak sedarkan diri. Fikiran menjadi serabut dan serta tekanan ALLAH sahaja yang tahu.

No Image Caption

"Terima kasih semuanya yang mendoakan ibu tercinta Cik lan Puan Mariam bte Kari, 79 tahun," tulis Cik Lan di Instagram miliknya.

Sementara itu, Cik Lan memohon maaf kepada rakan dan teman media kerana tidak dapat membalas sebarang mesej.

Artikel Berkaitan:

"Sangat terharu ramai yang hubungi, PM dan message bertanya tentang keadaan ibu tercinta Cik Lan amin.

"Terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan artis, peminat setia Cik Lan sanggup solat hajat untuk ibu tercinta serta rakan wartawan.

"Terharu sangat atas doa anda semua amin maaf ya kalau tak sempat balas message ya kerana terlalu ramai yang DM IG dan PM," akhirinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!