Jangan sokong 'ahli politik bermusim' - Nancy Shukri

Nancy. - Foto fail Bernama
Nancy. - Foto fail Bernama
A
A
A

SPAOH - Penduduk di Bukit Saban digesa supaya tidak memberikan sokongan kepada 'ahli politik bermusim' yang hanya muncul setiap lima tahun ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) sahaja.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebaliknya penduduk seharusnya komitmen menyokong calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada PRN-12 nanti.

"Penduduk di Bukit Saban amat bertuah kerana mempunyai pemimpin yang berdedikasi dan komited seperti beliau (Uggah). Ini kerana seluruh kawasan Bukit Saban kini terhubung dengan pembangunan infrastruktur baik seperti jalan raya serta pembangunan lain turut dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan kursus memperkasa pelancongan komuniti di Rumah Panjang Dnteri Lingkoi di Samu, Paku di sini pada Rabu.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong menambah, selain menumpukan kepada pertanian moden, Uggah turut berhasrat untuk membangunkan industri pelancongan yang mempunyai banyak potensi di sini.

Sebagai seorang pemimpin yang telah berkhidmat untuk tempoh yang sangat lama dalam kabinet persekutuan, beliau berkata Uggah telah banyak berjasa untuk kepentingan rakyat dan Sarawak secara amnya.

"Saya menganggap beliau (Uggah) sebagai mentor saya dalam kedua-dua politik dan kualiti kepimpinan. Marilah kita semua memberinya satu lagi peluang untuk memimpin kita dan membawa pembangunan dan kemajuan Sarawak ke tahap yang lebih tinggi," ujarnya.

Dalam pada itu, Nancy berkata beliau turut berasa kagum dengan persiapan jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pilihan raya yang sangat kuat di Bukit Saban.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, pada PRN ke-11, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah menang atas kerusi Barisan Nasional (BN) – Parti Pesaka Bumiputera (PBB) dengan majoriti undi 4,599 menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Noel Changgai Bucking.