Dominic tidak sabar kekang asakan Indonesia

DOMINIC TAN
DOMINIC TAN
A
A
A

TONGGAK pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan sudah bersedia mengekang asakan jentera serangan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura pada Ahad.

Malah menurut pemain berusia 24 tahun itu, dia akan memberikan aksi terbaik ketika bergandingan dengan seorang lagi pemain pertahanan negara, Dion Cools bagi mengisi kekosongan ditinggalkan dua bek kental negara, Aidil Zafuan Radzak dan Shahrul Saad.

“Saya sentiasa bersedia untuk mendapatkan peluang beraksi dan menjadikannya sebagai satu cabaran untuk memberikan aksi terbaik dalam usaha menghasilkan keputusan yang positif.

“Apatah lagi Harimau Malaya memang memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini dan setelah berehat selama dua hari kesemua pemain kini pulih daripada kekalahan kepada Vietnam.

“Lagi pun, semua pemain sudah mengenal pasti apa kelemahan yang dilakukan sebelum ini dan diharapkan ia dapat membantu bagi mendapatkan keputusan yang positif ketika berdepan Indonesia,” katanya pada sidang media dalam talian pada Rabu.

Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam pada 13 Disember, setelah menewaskan Kemboja 3-1 pada aksi pembukaan 6 Disember lalu sebelum menewaskan Laos 4-0 pada 9 Disember.

Sementara itu, Dominic berkata, aksi berdepan skuad Garuda tersebut sebagai cabaran paling besar dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 kali ini kerana ia bakal menentukan kemaraan skuad negara ke separuh akhir.

Justeru katanya, setiap pemain perlu tampil aksi terbaik masing-masing untuk memastikan skuad negara mencatatkan kemenangan.

Artikel Berkaitan:

“Perlawanan ini sangat penting bagi kita untuk menewaskan Indonesia dan seterusnya meraih tiga mata untuk layak ke separuh akhir,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!