Kesalahan alat timbang, dua restoran dikompaun

Op Menu menyasarkan peletakan tanda harga yang jelas dan penggunaan alat timbang yang masih dalam tempoh penentusahan.
Op Menu menyasarkan peletakan tanda harga yang jelas dan penggunaan alat timbang yang masih dalam tempoh penentusahan.
A
A
A

IPOH - Dua premis makanan dikenakan tindakan serta-merta selepas gagal menentusahkan alat timbang yang digunakan bagi tujuan perniagaan.

Tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 itu dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menerusi Op Menu dan Op Samar yang dijalankan di premis menyediakan makanan sedia masak dan hasil laut di sekitar Ipoh pada Rabu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri, Dottie Azlina Ismail berkata, kedua-dua restoran makanan itu dikesan menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan selain tarikh sah penggunaannya telah tamat tempoh.

''Hasil pemeriksaan dijalankan (Rabu), kita dapati terdapat dua premis tidak menepati aspek timbangan seperti ditetapkan KPDNHEP dan kedua-duanya telah dikenakan kompaun.

"Apabila guna alat timbang, pengguna tidak tahu sama ada timbangan itu betul atau tidak. Di sinilah peranan proaktif KPDNHEP untuk melindungi pengguna supaya apa yang kita bayar itu adalah seperti dinyatakan," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Operasi disertai 21 anggota dan pegawai KPDNHEP Perak bermula jam 8 malam itu tertumpu kepada premis yang dikenalpasti menyediakan makanan sedia masak dan yang menggunakan alat timbangan seperti restoran hasil laut dan makanan berasaskan stik.

Artikel Berkaitan:

Dottie Azlina mendapatkan reaksi pelanggan ketika pemeriksaan dijalankan di sebuah restoran di sini pada Rabu.
Dottie Azlina mendapatkan reaksi pelanggan ketika pemeriksaan dijalankan di sebuah restoran di sini pada Rabu.

Dottie Azlina berkata, pemeriksaan mengejut itu dilakukan bagi memastikan tiada peniaga yang sengaja mengambil kesempatan atas kehadiran ramai pelancong dengan mengenakan timbangan tidak tepat dan harga yang tinggi.

"Daripada empat premis yang kita periksa, kita dapati semua peniaga mematuhi apa yang dikuatkuasakan, ada tanda harga di menu, hanya timbangan yang tidak menepati.

"Kita telah ambil tindakan dan tidak akan berkompromi dengan peniaga seperti ini," katanya.

Dottie Azlina memeriksa tanda harga yang dipamer ketika pemeriksaan di sebuah restoran makanan laut di sini pada Rabu.
Dottie Azlina memeriksa tanda harga yang dipamer ketika pemeriksaan di sebuah restoran makanan laut di sini pada Rabu.

Sementara itu, beliau berkata, sejak Op Menu dilancarkan pada 6 November lalu, sebanyak 402 premis di seluruh negeri telah diperiksa.

Katanya, daripada jumlah itu, lapan pengusaha restoran dan kedai makan telah dikenakan tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan nilai keseluruhan RM2,200.

"Ketika ini sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya dan orang ramai ambil peluang bercuti serta keluar makan bersama keluarga.

"Kita bimbang jika ada peniaga yang sengaja menggunakan keadaan ini dengan melanggar undang-undang dikuatkuasakan KPDNHEP," katanya.

Op Menu yang bermula sejak 6 November lalu sehingga 31 Disember ini menyasarkan peletakan tanda harga yang jelas dan penggunaan alat timbang yang masih dalam tempoh penentusahan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!