Denmark sewa 300 bilik penjara di Kosovo
COPENHAGEN - Denmark akan menyewa bilik-bilik penjara di Kosovo untuk 300 orang tahanan, kata kerajaan negara itu pada Rabu.
Projek itu bertujuan untuk meredakan kesesakan penjara di negara tersebut.
Bilik-bilik penjara di Denmark akan diperluas sebanyak 326 tempat antara tahun 2022 dan 2025, kata Kementerian Kehakiman negara berkenaan dalam satu kenyataan.
Pada tahun 2020, kira-kira 350 orang tahanan akan dihantar pulang pada akhir hukuman mereka.
Bilangan penghuni penjara Denmark telah meningkat sebanyak 19 peratus sejak tahun 2015 menyebabkan terdapat lebih 4,000 tahanan pada awal tahun 2021 iaitu melebihi 100 peratus kapasiti jelnya, menurut satu statistik rasmi.
Pada masa sama, jumlah warden menyusut 18 peratus di negara Scandinavia yang mempunyai penduduk berjumlah 5.8 juta orang itu.
Ia juga terkenal dengan penjara terbuka untuk tahanan bagi mereka yang menjalani hukuman kurang dari lima tahun. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!