Haaland pacu kemenangan Dortmund

Haaland ketika meraikan jaringannya ketika membantu Dortmund tewaskan Fuerth.
Haaland ketika meraikan jaringannya ketika membantu Dortmund tewaskan Fuerth.
A
A
A

PENYERANG Borussia Dortmund, Erling Haaland menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya itu melakar kemenangan 3-0 keatas kelab tercorot Bundesliga, Greuther Fuerth awal pagi tadi.

Pemain Norway itu membuka tirai jaringan pada minit ke-33 dan kemudiannya meraih gol kedua perlawanan yang merupakan jaringan liga ke-53 buat dirinya dalam 53 perlawanan pada minit ke-82 hasil tandukan kuat yang menewaskan Sascha Burchert.

Pemain Belanda, Donyell Malen menambah derita Fuerth pada minit terakhir perlawanan apabila bijak menyempurnakan hantaran ke far post untuk menjaringkan gol ketiga perlawanan.

"Kami perlu bekerja keras untuk mendapatkan keputusan seperti ini. Kami mempunyai banyak peluang terhidang tetapi gagal disudahkan pemain.

"Pasukan kerap dan terlalu banyak kesilapan pada perlawanan ini. Tetapi secara keseluruhan ia bukan prestasi yang kami mahukan.

"Ia bukanlah perlawanan baik daripada kami dan jangkaan perlawanan ini lebih tinggi. Namun saya harap keputusan ini memberi sedikit kelegaan kepada pasukan," kata pengendali Dortmund, Marco Rose.

Kemenangan tersebut menyaksikan Dortmund kini berada di kedudukan kedua Bundesliga dengan mengutip 34 mata di belakang Bayern Munich yang mengumpul 40 mata selepas membelasah VFB Stuttgart, 5-0 pada Selasa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!