Bot karam: Konsulat Indonesia buka nombor hotline untuk keluarga

Beberapa Anggota Bomba dan Penyelamat lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) mengusung mayat mangsa bot karam yang dijumpai di perairan Tanjung Balau, hari ini. Foto Bernama
Beberapa Anggota Bomba dan Penyelamat lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) mengusung mayat mangsa bot karam yang dijumpai di perairan Tanjung Balau, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KOTA TINGGI - Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) telah membuka nombor hotline untuk ahli keluarga mengetahui maklumat mengenai korban bot karam di Tanjung Balau, di sini, semalam.

Pegawai Hal Ehwal Informasi dan Sosio Budaya KJRI, di Johor Bahru, Andita Putri Purnama berkata, ahli keluarga yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian dan mangsa, boleh menghubungi 016-7700 378 atau 017-7716 866.

"KJRI Johor Bahru terus berkoordinasi dengan agensi penguatkuasaan yang terlibat untuk memantau perkembangan pencarian korban, dan untuk identifikasi jenazah di Hospital Sultan Ismail (HSI)," kata beliau kepada Bernama, ketika dihubungi pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bot pancung karam: 11 PATI lemas, 25 masih hilang

Bot karam: Bingkai gambar, sejadah terdampar di tepi pantai

Bot karam: Lima mayat ditemukan pagi ini

Bot karam: Tujuh lagi mayat warga Indonesia ditemui

Menurut beliau pegawai KJRI telahpun melawat lokasi kejadian serta hospital semalam.

Artikel Berkaitan:

"Hingga saat ini dugaan sementara, korban adalah warga Indonesia. Namun proses autopsi masih berlangsung di HSI," kata beliau.

Setakat pukul 10 pagi tadi, 18 mayat telah ditemukan sejak semalam. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!