'Masih terngiang-ngiang gurauan, pelukan Affa'

Paparan skrin luahan perasaan Noor Atikah di laman sosial Facebook, miliknya.
Paparan skrin luahan perasaan Noor Atikah di laman sosial Facebook, miliknya.
A
A
A

SEORANG ibu meluahkan perasaan sebak, hiba, melihat keadaan anaknya terlantar di unit jagaan kritikal (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) susulan pencemaran udara berikutan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Johor Bahru Khamis lepas.

Noor Atikah Daud berkata, anaknya, Affa Balqis Ahmad Sahrel, 14, dari Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK) Tanjung Resort Pasir Gudang kini berada dalam keadaan kritikal.

Affa yang manja dipanggil adik itu sempat bergurau dengan ibunya sebelum ditimpa kejadian itu.

Luah Noor Atikah masih terngiang-ngiang di telinganya, gurauan manja anaknya itu sebelum memeluknya sebelum pergi ke sekolah.

"Adik: Ummi.... adik cantik kan..(sambil peluk dan cium ummi dengan manja)

"Ummi: Ya sayang... adik cannntiiikk sangat-sangat, tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik cantik niat kerana ALLAH tau...

"Adik: Ya ummi... (sambil ku kucup dahinya)," katanya di Facebook miliknya hari ini.

Kata Noor Atikah, anaknya bukan sahaja memeluknya tetapi turut mencium, memeluk bapanya.

Artikel Berkaitan:

Luah si ibu, dia reda dengan ujian ALLAH SWT namun tatkala suaminya melihat Affa terbaring kaku dengan menggunakan alat bantuan pernafasan, dia lemah kembali.

"Ummi, bapa reda dengan ujian ALLAH, tapi bila ummi lihat bapa lihat adik terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan.

"Membuatkan hati ummi, bapa lemah longlai seluruh anggota... Ummi, bapa hanya mampu menadah tangan pada yang Esa mohon diberi keajaiban dariNYA, bagi kesembuhan adik sayang," katanya.

Noor Atikah turut memohon kepada sahabat dan orang ramai agar mendoakan kesejahteraan anaknya dan semua mangsa terlibat serta menunaikan solat hajat.

Dalam hantaran itu, Noor Atikah turut mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisi kimia hingga mengakibatkan mangsa-mangsa yang tidak berdosa menerima kesannya.

Susulan penularan luahan Noor Atikah, hantaran itu berjaya meraih 15,000 tanda suka, 10,000 maklum balas dan 12,000 perkongsian dari netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran kimia: 61 dirawat di ICU HSI

TMJ zahir rasa sedih

Cemas, lagi pelajar mangsa pencemaran kimia

Tahap keselamatan di Pasir Gudang cetus kebimbangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!