Selepas ayam, ADUN Hulu Kinta diarah keluar Dewan Negeri

Muhammad Arafat menunjukkan senarai barang Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia ketika sesi penggulungan oleh Abdul Yunus pada sidang DUN Perak pada Khamis. -Foto: Urusetia Dewan Negeri Perak
Muhammad Arafat menunjukkan senarai barang Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia ketika sesi penggulungan oleh Abdul Yunus pada sidang DUN Perak pada Khamis. -Foto: Urusetia Dewan Negeri Perak
A
A
A

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhammad Arafat Varisai Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau diarahkan keluar selepas mengingkari arahan untuk tidak mengganggu perjalanan sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis.

Arahan itu dikeluarkan Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid selepas wakil rakyat itu enggan duduk atau berhenti apabila diminta Timbalan Speaker, Khalil Yahya untuk berbuat demikian.

"Mengikut Perintah Tetap 44(2), dimaklumkan sebelum saya masuk, Timbalan Speaker telah buat ketetapan minta Hulu Kinta keluar selepas kelakuan haru biru.

"Demi kemuliaan dewan, saya minta Hulu Kinta untuk keluar. Bentara tolong iring Hulu Kinta keluar," tegasnya.

Ia berikutan Muhammad Arafat mendesak Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri menjawab isu senarai barang Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang didakwa mempunyai 'kecacatan' selain kenaikan harga barangan.

Disebabkan masa yang diberikan telah tamat, Abdul Yunus memberi jaminan akan menjawab soalan itu secara bertulis.

Khalil yang mengendalikan persidangan ketika itu memberi pilihan sama ada wakil rakyat itu mahu duduk atau keluar berehat di kantin.

Bagaimanapun, Mohamad Zahir yang masuk menggantikan Khalil terus membuat keputusan mengarahkan Muhamad Arafat keluar sebelum diiringi oleh Bentara.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, ADUN PKR itu mencuri tumpuan apabila memegang ayam segar ketika berbahas sebagai ‘gimik’ untuk mengulas isu kenaikan harga barangan terutama ayam segar.

Katanya, ayam itu sebagai ‘hadiah’ kepada Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria yang juga ADUN Semanggol.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!