Lelaki tersepit jentolak terbalik

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas jentera dipandu terbalik di Kampung Nabong dekat Benta di sini pada Rabu.- Foto ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas jentera dipandu terbalik di Kampung Nabong dekat Benta di sini pada Rabu.- Foto ihsan Bomba
A
A
A

LIPIS - Seorang lelaki tersepit dan mengalami kecederaan selepas jentolak yang dipandunya terbalik semasa menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di Kampung Nabong dekat Benta di sini pada Rabu.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, kejadian yang berlaku di sebuah kebun di kampung itu melibatkan seorang mangsa berusia 34 tahun.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis, Penolong Penguasa Bomba, Haslizan Ismail, bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.28 petang.

"Anggota terlibat bertindak melakukan operasi mengeluarkan mangsa dengan bantuan sebuah jentolak bagi menstabilkan jentolak yang terbalik.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan awal dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!