Dewan Rakyat lulus tiga resolusi berkaitan baki wang terimaan

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. -Foto Bernama
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan tiga resolusi berkaitan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII), Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) dan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Covid-19.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, ketiga-tiga resolusi berkenaan diluluskan tanpa perbahasan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa yang membentangkan resolusi berkenaan memaklumkan resolusi pertama melibatkan peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM22,824 juta di bawah seksyen 3 (1) Akta yang sama iaitu baki wang terimaan MGII dari September hingga Disember 2021 sebanyak RM13,500 juta dan baki wang terimaan MITB tahun 2021 sebanyak RM9,324 juta ke Kumpulan Wang Pembangunan.

Bagi resolusi kedua, di bawah peruntukan perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 (Akta 188) supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM2,968 juta wang terimaan Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) tahun 2021 di bawah seksyen 2(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan.

Manakala bagi resolusi ketiga juga di bawah peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM11,000 juta di bawah seksyen 3(1) Akta 275 dan seksyen 4(2) Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) 2020 [Akta 830], iaitu baki wang terimaan MGII dari September hingga Disember 2021 ke Kumpulan Wang Covid-19.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!