Rompakan RM700,000: Dua lagi pegawai SPRM ditahan

Dua pegawai SPRM ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan membabitkan kerugian mencecah RM700,000 pada 10 Disember lalu.
Dua pegawai SPRM ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan berkumpulan membabitkan kerugian mencecah RM700,000 pada 10 Disember lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan dua lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kejadian rompakan berkumpulan membabitkan kerugian mencecah RM700,000 pada 10 Disember.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Jalil Hassan berkata, pegawai SPRM yang berusia 37 dan 39 tahun itu direman bermula Khamis hingga Ahad.

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan tempoh reman terhadap pegawai SPRM yang disyaki terlibat dalam kejadian rompakan melibatkan kerugian hampir RM1 juta disambung lima hari sehingga 20 Disember.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata, seramai 17 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan

Sementara itu, SPRM pada Khamis turut mengesahkan telah menyerahkan seramai dua lagi pegawainya kepada pihak polis untuk membantu siasatan membabitkan kejadian rompakan di Ampang.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM serah dua lagi pegawai bantu siasatan kes rompakan

Artikel Berkaitan: