Mayat George Bush Sr dibawa ke Washington
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Mayat mendiang bekas presiden ke-41 Amerika Syarikat (AS), George HW Bush diletakkan di Washington bermula semalam bagi memberi peluang orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Bush Sr yang pernah berkhidmat sebagai juruterbang pesawat pejuang pada Perang Dunia Kedua, meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 94 tahun di kediamannya di Houston.
Mayatnya akan diberikan penghormatan terakhir selama empat hari di Washington dan Texas, iaitu lokasi persemadian beliau.
"Sepanjang hayatnya, Presiden Bush memiliki pesona menakjubkan. Karakter yang ada padanya sukar ditemui.
"Beliau berada pada tahap tertinggi pentadbiran dengan penuh rendah diri,” kata Speaker Dewan, Paul Ryan.- AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!