Tentera Laut AS buat ujian tembakan laser
DUBAI - Sebuah kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di Teluk Aden berjaya menembak satu sasaran yang terapung dengan menggunakan sistem senjata laser bertenaga tinggi baru-baru ini di perairan laut Timur Tengah.
Ujian itu yang dilakukan oleh Tentera Laut AS adalah merupakan satu demonstrasi Sistem Senjata Laser dari sebuah kapal pengangkut, USS Portland.
Ia menguji sama ada laser yang dipasang itu boleh mempertahankan kapal tersebut dari bot kecil dan juga kapal laut tanpa pemandu.
Teluk Aden memisahkan Afrika Timur dengan Semenanjung Arab.
Sistem laser itu kemungkinan boleh digunakan untuk membalas serangan bot-bot dron di Laut Merah yang digunakan oleh kumpulan pemberontak Houthi di Yemen.
Bot-bot dron itu dipercayai dibina dengan bantuan Iran. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!