Long Tiger lari lokap, SOP kena diperketat

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat (tengah) menunjukkan gambar Long Tiger yang kini diburu polis.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat (tengah) menunjukkan gambar Long Tiger yang kini diburu polis.
A
A
A

SEHARI dua ini heboh diperkatakan tentang Long Tiger lari dari lokap mahkamah di Tangkak, Johor.

Lelaki Rohingya itu meloloskan diri dalam keadaan tangan bergari melalui pintu utama mahkamah pada jam 11.55 pagi Rabu.

Long Tiger sebelum ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia dengan pelbagai kontroversi termasuk memfitnah pegawai polis melalui sesi siaran langsung di Facebook.

Dia juga ada tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2009 dan kes culik serta kes rogol pada 2012. Kesemuanya sudah disabitkan kesalahan dan telah selesai menjalani hukuman.

Dalam kes terbaharunya di mahkamah, Long Tiger menghadapi pertuduhan ugut bunuh dan mengurung bekas pekerjanya, selain pecah amanah.

Merak Jalanan simpati dengan empat anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi Long Tiger ke mahkamah, tak pasal-pasal mereka kini disiasat. Bagaimanapun, kalau betul mereka cuai, PDRM kena ambil tindakan tegas.

Merak Jalanan teringat kisah ‘Datuk Seri’ lompat pagar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya tahun lalu. Kejadian itu bukanlah salah SPRM sepenuhnya. Lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin.

Namun, dia dilaporkan melarikan diri kerana takut ditangkap polis yang sedang menunggunya di luar pintu masuk ibu pejabat SPRM.

Artikel Berkaitan:

Disebabkan kes itu juga, integriti SPRM dipersenda dan jadi bahan jenaka di media sosial. Merak Jalanan tak mahu perkara sama berulang kepada PDRM. Jadi, prosedur operasi standard (SOP) supaya tahanan tidak lolos harus diperketat.

Apa pun Merak Jalanan percaya polis kita cekap mengesan pergerakan orang. Macam kes ‘Datuk Seri’ itu, dia dapat ditahan selepas 15 hari bersembunyi.

Long Tiger ini pun sama. Harap tak jadi macam kes Sajat yang hilang berbulan-bulan, rupanya dah ada di negara orang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!