Varian Omicron: Indonesia sahkan kes pertama

Kementerian Kesihatan Indonesia telah mengesan kes pertama varian dibimbangi (VoC) Omicron. - Foto Reuters
Kementerian Kesihatan Indonesia telah mengesan kes pertama varian dibimbangi (VoC) Omicron. - Foto Reuters
A
A
A

JAKARTA - Kementerian Kesihatan Indonesia telah mengesan kes pertama varian dibimbangi (VoC) Omicron.

Kes melibatkan seorang pekerja pembersihan di sebuah hospital di Jakarta.

Menurut Menteri Kesihatan Budi Ganadi Sadikin, petugas tersebut tidak bergejala, dan sedang menjalani kuarantin di Hospital Wisma Atlet.

Kes tersebut yang dikesan pada Rabu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Kata Budi, tiada penularan dalam kalangan komuniti setakat ini, namun terdapat lima lagi kes yang disyaki dijangkiti varian Omicron.

Daripada lima kes, dua melibatkan rakyat Indonesia yang pulang dari Amerika Syarikat dan Britain.

Manakala tiga lagi kes membabitkan warga China yang menjalani kuarantin di Manado, Sulawesi Utara. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!