England diundi dalam kumpulan maut
ENGLAND berdepan tugas sukar dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA 2022-23 selepas diundi bersama juara Eropah, Itali dan Jerman dalam undian yang diadakan pada Khamis.
Skuad Three Lions yang menewaskan Jerman pada peringkat kalah mati Euro awal tahun ini bagaimanapun tewas kepada Itali pada perlawanan akhir dalam penentuan sepakan penalti di Wembley.
Selain Itali dan Jerman, skuad kendalian Gareth Southgate itu juga akan menentang Hungary dalam kumpulan A3.
Juara edisi lalu, Perancis telah diundi bersama Denmark, Croatia dan Austria, yang dinaikkan pangkat ke Liga A dalam kumpulan A1.
Bagi naib juara musim lalu, Sepanyol diundi bersama Portugal, Switzerland dan Republik Czech dalam kumpulan A2 manakala Belgium yang merupakan pasukan teratas dunia, diletakkan bersama Belanda, Poland dan Wales A4
"Cabaran besar kami ialah Belgium. Di sebalik persembahan hebat menentang mereka bulan lepas, semua orang akan bercakap mengenainya.
"Mereka adalah pasukan yang luar biasa tetapi kami telah membuktikan sebelum ini kami mampu bersaing bersama mereka," kata pengurus Wales, Robert Page.
Berikut adalah undian kumpulan Liga Negara-Negara UEFA 2022-23:
A1:
France, Denmark, Croatia, Austria
A2:
Spain, Portugal, Switzerland, Czech Republic.
A3:
Italy, Germany, England, Hungary
A4:
Belgium, Netherlands, Poland, Wales
B1:
Ukraine, Scotland, Ireland, Armenia
B2:
Iceland, Russia, Israel, Albania
B3:
Bosnia & Herzegovina, Finland, Romania, Montenegro
B4:
Sweden, Norway, Serbia, Slovenia
C1:
Turkey, Luxembourg, Lithuania, Faroe Islands
C2:
Northern Ireland, Greece, Kosovo, Cyprus/Estonia
C3:
Slovakia, Belarus, Azerbaijan, Kazakhstan/Moldova
C4:
Bulgaria, North Macedonia, Georgia, Gibraltar
D1:
Latvia, Andorra, Liechtenstein, Kazakhstan/Moldova
D2:
San Marino, Malta, Cyprus/Estonia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!