Ulat gonggok ditemui di Australia ada 1,306 kaki

Ulat gonggok yang mempunyai 1,306 kaki ditemui di Australia. - Foto @millipedelab/Twitter
Ulat gonggok yang mempunyai 1,306 kaki ditemui di Australia. - Foto @millipedelab/Twitter
A
A
A

PARIS - Para saintis menemui seekor ulat gonggok 'sejati' buat pertama kalinya di dunia, kata satu kajian yang disiarkan pada Khamis.

Ulat gonggok itu digelar sedemikian kerana mempunyai 1,306 kaki iaitu lebih banyak daripada haiwan lain.

Ia yang merupakan spesies 'Eumillipes Persephone' yang ditemui 60 meter di bawah tanah dalam sebuah lubang yang digerudi di sebuah kawasan perlombongan Australia Barat.

"Nama spesies itu berasal dari dewi mitologi Yunani bawah tanah, Persephone yang pada asalnya dari daratan tetapi dibawa ke dunia bawah oleh Hades," kata penulis kajian tersebut, Paul Marek dari Virginia Tech University kepada AFP.

Ia juga tidak memiliki mata dan tidak berwarna iaitu ciri khas haiwan yang menghabiskan seluruh hidupnya di bawah tanah.

Kajian turut mendapati haiwan berkenaan selebar kurang satu milimeter tetapi panjang hampir 10 sentimeter.

Anak ulat tersebut menetas dengan hanya mempunyai empat kaki tetapi kemudian menjadi banyak sehingga dewasa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!