Agong berkenan terima menghadap PM untuk mesyuarat pra-kabinet

Al-Sultan Abdullah pada Jumaat berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-kabinet di Istana Negara. - Foto Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah pada Jumaat berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-kabinet di Istana Negara. - Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan, sesi Jumaat berlangsung selama sejam bermula 8 pagi.

"Mesyuarat pra-kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan," menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik, tiga keping gambar menunjukkan Ismail Sabri mengadakan perbincangan bersama Seri Paduka. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!