Bina sistem baharu mampan, kendali segala cabaran rasuah

Syed Saddiq dalam Forum Khas: Korupsi Dan Hipokrasi dalam Politik Melayu-Islam melalui semua platform Sinar Harian pada Khamis.
Syed Saddiq dalam Forum Khas: Korupsi Dan Hipokrasi dalam Politik Melayu-Islam melalui semua platform Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembinaan sebuah sistem baharu yang mampan dan dapat mengendalikan segala cabaran yang berkaitan dengan rasuah dilihat menjadi antara langkah yang perlu diberi perhatian dalam menentang korupsi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pembinaan sistem tersebut perlu merentasi personaliti sama ada umur, bangsa, kaum dan agama kerana kegiatan rasuah itu melibatkan semua peringkat.

“Sebab itu, cabaran utama bukan sekadar melihat pembaharuan personaliti tetapi pembaharuan sistem yang walaupun ada beberapa politikus yang korup tetapi sistem itu sendiri dapat mengendalikan masalah itu.

“Dalam bab ini, kita perlu menjadi orang yang takut kepada tuhan. Jelas dalam al-Quran bahawa salah guna kuasa itu perlu ditolak, dibanteras dan ditentang secara habis-habisan.

“Selain itu, kita perlu angkat pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab. Saya yakin di Malaysia ada ramai pemimpin sebegini dalam semua parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Khas: Korupsi Dan Hipokrasi dalam Politik Melayu-Islam melalui semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Forum berkenaan menampilkan sarjana akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan serta empat lagi panelis iaitu bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dihoskan Sayed Munawar Sayed Mustar.
Forum berkenaan menampilkan sarjana akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan serta empat lagi panelis iaitu bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dihoskan Sayed Munawar Sayed Mustar.

Forum berkenaan turut menampilkan tiga lagi panelis iaitu bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mustar.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Muar itu berkata, terdapat masalah yang timbul di mana hujah berkenaan agama dan bangsa itu digunakan sebagai perisai bagi melindungi aktiviti korupsi atau salah guna kuasa yang dilakukan oleh sesetengah individu.

Menurutnya, ia juga digunakan untuk menutupi agenda penyertaan politik demi kerakusan kuasa.

“Jadi akhirnya nama baik Islam Melayu itu sendiri yang dicemari dan ini yang perlu kita halang berhabis-habisan.

“Sebab itu saya ingin menekankan sekali lagi bahawa korupsi mempengaruhi dan melibatkan semua tetapi jalan untuk ke hadapan adalah untuk ahli politik, korporat, penjawat awam khususnya dalam kalangan Melayu Islam untuk kita bersama-sama membanteras perkara ini.

“Hantar satu mesej yang jelas dan tidak hanya fokus sekadar personaliti semata-mata tetapi untuk memperbaharui salah satu sistem yang lebih baik, adil dan jika ada mana-mana personaliti atau parti-parti yang ingin menyalahgunakan kuasanya, itu tidak boleh,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!