Dua sungai utama di Kelantan lepasi paras bahaya
KOTA BHARU – Dua sungai utama di negeri ini mencatatkan bacaan di paras bahaya iaitu Sungai Kampung Jenob dan Sungai Golok di Tanah Merah di sini sejak awal pagi Jumaat.
Menurut laman publicinfobanjir.water.gov.my sehingga sehingga jam 11 pagi, Sungai Kampung Jenob mencatatkan bacaan 23.71 meter melebihi paras bahaya 23.50 meter manakala Sungai Golok di Tanah Merah pula mencatatkan bacaan 23.57 meter juga melebihi paras bahaya 23.50 meter.
Dua sungai lain melebihi paras amaran iaitu Sungai Lebir di Kuala Koh yang menunjukkan bacaan 72.16 meter dan Sungai Kelantan di Kuala Krai 23.34 meter.
Empat sungai lain pula mencatatkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Relai di Jalan Felda Aring dengan mencatatkan bacaan 114.16 meter, Sungai Aring di Jalan Felda Aring (69.81 meter), Sungai Lebir di Kampung Karangan (31.67 meter ) dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah mencatatkan bacaan 13.30 meter.
Sungai-sungai lain masih berada di paras normal namun air sungai berada dalam trend menaik dan limpahan boleh berlaku bila-bila masa sahaja jika hujan berterusan berlaku di beberapa lokasi utama.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sungai di Kelantan lepasi paras amaran
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!