Empat individu dituduh bunuh ejen insurans

Empat induvidu didakwa bunuh ejen insurans dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Jumaat.
Empat induvidu didakwa bunuh ejen insurans dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang ejen insurans antara bulan lepas hingga awal bulan ini.

Tertuduh S Jeeva, 51; M Bereamalah, 39; M Raja, 35 dan P Yogan Pillay, 35 mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 individu disyaki bunuh pekerja syarikat insurans didakwa esok

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama telah menyebabkan kematian ke atas P Rajasegar, 52.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 12 November lepas kira-kira jam 10.30 pagi sehingga 2 Disember lalu kira-kira jam 4.45 petang di sebuah syarikat insurans di Seremban.

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama memperuntukkan hukuman mati atau dengan penjara selama 30 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati dikenakan sebat.

Majistret kemudian menetapkan 26 Januari tahun hadapan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Datuk Abu Bakar Isa Ramat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!