Lima lelaki ditahan bergaduh ketika mabuk

No Image Caption
A
A
A

JEMPOL - Polis menahan lima lelaki termasuk individu yang membuat laporan polis selepas didakwa terbabit dalam pergaduhan ketika mereka mabuk, pada jam 2 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku di tepi jalan sebuah rumah di Taman Meranti, Bahau itu melibatkan suspek berusia dari 19 hingga 26 tahun yang sedang minum minuman keras di lokasi berkenaan.

"Bagaimanapun, tidak lama kemudian berlaku pergaduhan sebelum seorang daripada suspek membuat laporan berhubung kejadian tersebut.

"Siasatan awal mendapati kelima- lima mereka merupakan rakan dan mendapati berlaku provokasi dipercayai dimulakan oleh seorang suspek sebelum berlaku tolak menolak dan maki hamun. Empat suspek lain berang dengan kejadian tersebut, memukul rakan mereka itu menggunakan tangan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Tambah Chang Hook, lelaki yang dipukul oleh empat rakannya itu menerima rawatan di Hospital Jempol kerana cedera di muka, belakang badan dan kaki kiri.

"Polis kemudian menahan mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu termasuk pengadu yang membuat laporan polis. Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!