Sultan Perak lancar Program Masjid Angkat Maybank Islamic

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (dua, kiri) berkenan menyaksikan penyerahan replika cek wakalah zakat Maybank Islamic berjumlah RM98,923.76 daripada Ahli Lembaga Pengarahnya, Dali Sardar (kiri) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Sharul Azam Shaari (dua, kanan) pada pelancaran program Masjid Angkat Maybank Islamic dan penyerahan wakalah zakat Maybank di Masjid Jamek Medan Klebang Restu hari ini. - Foto Bernama
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (dua, kiri) berkenan menyaksikan penyerahan replika cek wakalah zakat Maybank Islamic berjumlah RM98,923.76 daripada Ahli Lembaga Pengarahnya, Dali Sardar (kiri) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Sharul Azam Shaari (dua, kanan) pada pelancaran program Masjid Angkat Maybank Islamic dan penyerahan wakalah zakat Maybank di Masjid Jamek Medan Klebang Restu hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran Program Masjid Angkat dan penyerahan sumbangan wakalah zakat Maybank Islamic di Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor, di sini pada Jumaat.

Pada program tersebut, Sultan Nazrin turut menyaksikan penyerahan replika cek wakalah zakat berjumlah RM98,923.76 daripada dana wakalah zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari; Ahli Lembaga Pengarah Maybank Islamic, Dali Sardar; Ketua Perbankan Komuniti Maybank Islamic, Azzady Jamaluddin; Pengarah Maybank Wilayah Perak, Datin Munirah Che Rose; Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank, Datuk Fad’l Mohamed serta Exco Kerajaan Negeri Perak.

Sultan Nazrin kemudian turut berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan sejurus majlis pelancaran tersebut tamat.

Sementara itu, Maybank dalam kenyataan akhbar menjelaskan, Program Masjid Angkat Maybank Islamic merupakan inisiatif untuk merealisasikan transaksi tanpa tunai di masjid-masjid di Perak menggunakan aplikasi Maybank QR Pay bagi tujuan infaq atau derma kepada masjid berkenaan.

Menurut Munirah, di bawah inisiatif ini, setiap cawangan Maybank di Perak akan bekerjasama dengan pihak masjid di sekitar cawangan mereka bagi membantu proses pendaftaran serta menyediakan kod QR untuk dipaparkan di sekitar masjid.

Jelas beliau, setakat ini sebanyak 21 buah masjid telah menyertainya dan penderma boleh membuat sumbangan tanpa was-was menerusi peranti mudah alih mereka. Ia lebih cepat, mudah dan hanya di hujung jari.

“Inisiatif ini bertujuan mempromosikan lebih banyak penggunaan transaksi tanpa tunai di masjid di negeri Perak terutama ketika masyarakat mula mengamalkan pembudayaan normal baharu disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Artikel Berkaitan:

“Ini juga akan memudahkan pihak masjid terutama dalam pengendalian aliran wang sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam mewujudkan masyarakat tanpa tunai,” katanya.

Dalam pada itu Azzady berkata, menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Maybank Islamic, setiap masjid akan menerima wakalah zakat sebanyak RM5,000 yang akan diagihkan kepada 25 orang pelajar asnaf terpilih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!