Senat lulus Nicholas Burns sebagai duta AS ke China
WASHINGTON - Senat Amerika Syarikat pada Khamis meluluskan Nicholas Burns sebagai duta baharu negara itu ke China.
Senator memberikan undian 75-18 untuk mengesahkan diplomat veteran itu, yang akan mewakili AS berikutan hubungan antara kedua-dua negara berada pada tahap paling rendah, menurut Agensi Anadolu.
Jawatan Duta AS tidak diisi sejak bekas duta Terry Branstad meninggalkan Beijing pada Oktober 2020 di bawah bekas Presiden Donald Trump.
Burns dicalonkan oleh Presiden Joe Biden pada Ogos. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!