Djokovic dinobat juara dunia ITF kali ketujuh

Djokovic dinobatkan sebagai juara dunia ITF kategori lelaki buat kali ketujuh.
Djokovic dinobatkan sebagai juara dunia ITF kategori lelaki buat kali ketujuh.
A
A
A

PERSEKUTUAN Tenis Antarabangsa (ITF), menobatkan pemain Serbia, Novak Djokovic sebagai juara dunia ITF kategori lelaki buat kali ketujuh manakala pemain nombor satu dunia wanita, Ash Barty berjaya merangkul gelaran tersebut kali kedua.

Djokovic, yang menamatkan tahun ini di kedudukan pertama berjaya memenangi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon manakala dia gagal untuk bergelar juara di Sukan Olimpik Tokyo dan Terbuka Amerika Syarikat.

Pemain Serbia itu kini menyamai rekod yang dicatatkan legenda tenis Amerika, Pete Sampras dengan enam kemenangan untuk memenangi gelaran yang pertama kali dianugerahkan pada 1978.

“Tahun ini adalah tahun yang begitu menggembirakan bagi saya, pasukan dan keluarga serta peminat.

"Ia merupakan satu penghormatan besar untuk dinobatkan sebagai Juara Dunia ITF buat kali ketujuh.

“Saya sangat bersyukur dan berbangga dengan keputusan yang saya capai dan berasa sangat bertuah kerana berpeluang bersaing untuk pasukan kebangsaan Serbia juga,” kata Djokovic.

Untuk rekod, Djokovic kini berjaya mengutip 20 gelaran Grand Slam dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk meletakkan dirinya sebagai pemenang grand slam terbanyak sepanjang zaman.

Dalam pada itu, gandingan Croatia, Nikola Mektic-Mate Pavic dinobatkan sebagai juara dunia beregu lelaki ITF selepas memenangi sembilan gelaran musim ini, manakala Barbora Krejcikova dan Katerina Siniakova memenangi anugerah beregu wanita buat kali kedua.

Artikel Berkaitan:

"Ia merupakan tahun yang luar biasa bagi kami selepas memenangi sembilan gelaran antaranya, Wimbledon, Sukan Olimpik, dan berjaya menjadi pasangan Croatia pertama yang pernah dinobatkan sebagai Juara Dunia ITF.

"Ia sesuatu yang istimewa dan kami sangat gembira mengenainya," kata Pavic.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!