Tun Mahathir masih di IJN

Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, IJN memaklumkan pemeriksaan itu akan berlangsung selama beberapa hari.

“Dr Mahathir sedang menjalani beberapa rawatan yang dijangka selesai untuk tempoh beberapa hari. Beliau akan berada di IJN sepanjang tempoh berkenaan.

“Berikutan dengan pematuhan prosedur standard operasi (SOP), tiada pelawat dibenarkan melawat Dr Mahathir,” menurut kenyataan itu.

Pada Khamis, IJN memaklumkan Dr Mahathir telah dimasukkan ke pusat perubatan tersebut bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989, dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006. Setahun kemudian, beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!