Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3 juta

Sultan Nazrin berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada Mubarak Ali yang mewakili Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd berjumlah RM1.1 juta di Istana Kinta, Ipoh. Foto: ihsan MAIPk
Sultan Nazrin berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada Mubarak Ali yang mewakili Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd berjumlah RM1.1 juta di Istana Kinta, Ipoh. Foto: ihsan MAIPk
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat berjumlah RM3,006,108.54.

Sultan Nazrin menerima zakat itu bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Kinta di sini pada Jumaat.

Penyerahan zakat perniagaan itu didahului Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mubarak Ali Gulam Rasul dengan jumlah bayaran RM1,106,400.54.

Ia diikuti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) yang diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Zulkefli Abdullah dengan jumlah zakat perniagaan RM500,000.

Sementara itu, Menteri Besar Incorporated (Perak) diwakili oleh Anuar Zainal Abidin menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM420,000.

Turut menunaikan zakat perniagaan adalah KPJ Ipoh Specialist Sdn Bhd berjumlah RM335,000.00 yang diserahkan oleh Pengurus Besar, KPJ Sri Manjung Specialist Hospital, Badrul Hisyam Ibrahim.

Seterusnya, serahan zakat daripada Perak Integrated Network Services Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Operasi, Adi Reza Abdul Razak berjumlah RM325,000 diikuti QSR Brands (M) Holdings Bhd yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Kewangan, Razak Nordin berjumlah RM319,708.

Hadir sama pada majlis tersebut, Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin; Orang Kaya Kaya Imam Paduka, Datuk Dr Afifi al-Akiti; Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

Artikel Berkaitan: