Banjir kilat di Pelabuhan Klang, air naik hampir satu meter
KLANG - Hujan lebat sejak jam 6 petang pada Jumaat, menyebabkan beberapa kawasan termasuk laluan utama di Pelabuhan Klang dilanda banjir kilat.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.27 malam.
"Sekumpulan tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja dikejarkan ke Jalan Perajurit 1, Telok Gong, Klang.
"Sebaik tiba di lokasi, komander operasi mendapati berlaku banjir kilat pada paras paha (anggaran hampir satu meter) susulan hujan lebat.
"Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat namun pemantauan tetap dilakukan oleh anggota bertugas di lokasi kejadian," PGO dalam kenyataan itu pada Jumaat malam.
PGO dalam kenyataan sama turut memaklumkan, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di Pulau Indah lalu bergegas ke tempat kejadian.
Klang is heavily flooded at the moment. If you need any sort of help, please don’t hesitate to reach out. We will be sending flood relief teams over to help out. Do Dm me or let me know if your area is affected. pic.twitter.com/rMnMCRTDIU
— (@OfficialJoannaJ) December 17, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!