PRU15: UMNO dijangka pilih Ismail Sabri sebagai calon PM

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO dijangka akan memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keyakinan mengenai kemungkinan berlakunya perkara itu disuarakan oleh seorang veteran UMNO, Rafi Awang Kechik.

"Secara peribadi, saya yakin bahawa Ismail Sabri tetap akan dipilih oleh UMNO sebagai Perdana Menteri.

Tangkap layar hantaran di Facebook Rafi pada Jumaat.
Tangkap layar hantaran di Facebook Rafi pada Jumaat.

"Kalau berlaku PRU15, dia adalah 'poster boy'. Malah, UMNO bangga dengan dia," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

UMNO ketika ini dilihat masih belum memutuskan mengenai individu yang bakal dipilih menjadi calon Perdana Menterinya dalam PRU akan datang.

Hal yang demikian adalah kerana sebelum ini, Presiden UMNO secara tradisinya akan dipilih untuk menjadi calon Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tradisi tersebut berubah selepas Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dipilih oleh parti itu untuk dilantik menjadi Perdana Menteri pada Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!