Bot karam: Operasi SAR di pesisir pantai diteruskan malam ini

Pemandangan yang dirakam di sekitar pantai Tanjung Balau hari ini. -Foto Bernama
Pemandangan yang dirakam di sekitar pantai Tanjung Balau hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi diteruskan pada malam ini meskipun keadaan cuaca agak buruk.

Jurucakap Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan kepada Bernama, pencarian bermula pada jam 7 malam tadi dengan keluasan pencarian meliputi persisir pantai Tanjung Balau ke Tanjung Siang.

PHC bagaimanapun menjelaskan, operasi SAR di laut menggunakan aset ditangguhkan atas faktor kesukaran penglihatan.

Menurutnya, kelajuan angin ketika ini mencecah 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak antara 2.5 meter hingga 3.5 meter.

“Seramai 18 anggota daripada pelbagai agensi akan membuat rondaan di pantai malam ini,” katanya.

Operasi SAR kini memasuki hari ketiga dengan korban seramai 21 orang, 13 selamat manakala lebih 16 lagi dikhuatiri masih hilang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!