PM seru usahawan wanita terap semangat Keluarga Malaysia
BENTONG - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru usahawan wanita agar menerapkan semangat Keluarga Malaysia dalam memartabatkan ekonomi mereka.
Beliau berkata, semangat kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran perlu diterapkan dalam menjalankan program keusahawanan.
"Saya ingin mengajak kesemua ahli persatuan usahawan wanita mengekalkan momentum sedia ada.
"Malah dengan adanya momentum itu, usaha memartabatkan ekonomi wanita juga lebih jitu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam 'Menjalin Interaksi Melakar Memori' anjuran Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) di sini malam ini.
Turut hadir Presiden Usahanita Datuk Faridah A. Jabbar.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!