Kepentingan peribadi, pegangan politik boleh bawa perpecahan: PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepentingan peribadi dan pegangan politik yang akhirnya menerbitkan bibit-bibit permusuhan boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, politik sewajarnya menjadi wadah kepada penyatuan, namun disebabkan perbezaan pegangan politik, ia kadangkala menjadi punca kepada perpecahan.

Menurutnya, perkara ini merupakan suatu cabaran besar yang perlu dihadapi bukan sahaja para pemimpin, tetapi juga Keluarga Malaysia bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin.

“Sekiranya negara berada dalam keadaan tidak stabil, maka akan muncul pihak-pihak luar mahupun dalaman yang akan mengambil kesempatan, dengan niat untuk terus menggugat perpaduan yang telah sedia terjalin selama ini,” katanya ketika merasmikan Kongres Perpaduan Negara secara maya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini telah sekian lama terjalin kerana prinsip ini dipelihara dengan perasaan muhibah dan harmoni.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!