33 PPS dibuka susulan banjir di Selangor

Penduduk kampung terpaksa meredah banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Kampung Johan Setia hari ini. - Foto Bernama
Penduduk kampung terpaksa meredah banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Kampung Johan Setia hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang dibuka berikutan hujan lebat tanpa henti sejak Jumaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapannya di Twitter berkata, pada masa sama, sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir.

Menurutnya, kerajaan Negeri sedang mengerakkan semua agensi berkaitan dengan kerjasama PBT dan PDT untuk memindahkan mangsa dan memberi bantuan kecemasan segera.

Perpindahan mangsa banjir melibatkan PPS Masjid Al-Islah/Masjid Al-Ubudiyah; Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong; SK Johan Setia; Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sg Pinang; Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah; SRA Pulau Indah; Balai MPKK Perigi Nanas; Balai MPKK Bukit Naga, SK Sg Bijai dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa, Klang.

Selain itu, turut dibuka ialah PPS SK Jalan Kebun; Balairaya MPKK Kampung Lombong; SRA Sg Serdang; Dewan Orang Ramai Tok Muda; SRA Pekan Kapar; SRA Sungai Delek dan Dewan MPKK Sungai Delek.

Sebelum itu, Pengarah Bomba negeri Norazam Khamis memaklumkan lebih 1,000 mangsa banjir di negeri tersebut dipindahkan ke PPS berdekatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!