Lima sungai di Kelantan melebihi paras bahaya

Bacaan air di lima sungai utama di negeri ini melebihi paras bahaya sejak awal pagi Sabtu.
Bacaan air di lima sungai utama di negeri ini melebihi paras bahaya sejak awal pagi Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Bacaan air di lima sungai utama di negeri ini melebihi paras bahaya sejak awal pagi Sabtu.

Menurut laman publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatat bacaan 25.86 meter (m) melebihi paras bahaya 25 m, Sungai Kampung Jenob di Tanah Merah mencatatkan bacaan 24.4 melebihi 23.5 m paras bahaya dan Sungai Aring di Gua Musang mencatatkan bacaan 72.21 m melebihi 72 m paras bahaya.

Sungai Golok di Rantau Panjang turut mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 9.12 m (bahaya 9 m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob pula 23.89 m (bahaya 23.5 m).

Sementara itu, tiga sungai lain melebihi paras amaran iaitu Sungai Lebir di Kuala Koh mencatatkan bacaan 72.36 m (amaran 71 m), Kampung Karangan Kuala Krai pula mencatatkan bacaan 33.59 m (amaran 33 m) dan Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah juga melebihi paras amaran iaitu 15.96 m (amaran 14 m).

Dua sungai lain iaitu Sungai Relai di Jalan Felda Aring mencatatkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga iaitu 114.03 m (jaga-jaga 113 m ) dan Kusial Baru Tanah Merah pula 14.71 m (jaga-jaga 12.5m).

Dalam pada itu, infobencana.jkm memaklumkan seramai 1,219 mangsa daripada 287 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah di negeri ini setakat jam 12 tengah hari pada Sabtu.

Jumlah berkenaan melebihi jumlah perpindahan awal mangsa banjir pada pagi Sabtu iaitu melebihi 700 orang dan penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah awal berpindah dan patuh pada arahan pihak berkuasa setiap masa.

Artikel Berkaitan: