Banjir: Mangsa banjir di Selangor meningkat, 33 PPS dibuka

Keadaan banjir yang melanda Selangor pada Jumaat.
Keadaan banjir yang melanda Selangor pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor terus meningkat setakat jam 12 tengah hari Sabtu.

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, sehingga kini sebanyak 33 PPS dibuka menempatkan mangsa banjir yang melanda negeri itu.

Menurut kenyataan itu, setakat tengah hari, seramai 2,831 mangsa banjir ditempatkan di 21 PPS di daerah Klang.

"Sebanyak 33 pusat pemindahan sementara dibuka dan sedia beroperasi di seluruh negeri Selangor," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Sebelum ini, sebanyak 17 PPS dibuka di Selangor berikutan hujan berterusan sejak Jumaat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!