Aubameyang mungkin disisih lebih lama

Aubameyang diketepikan ekoran masalah disiplin.
Aubameyang diketepikan ekoran masalah disiplin.
A
A
A

PIERRE- Emerick Aubameyang dijangka tidak akan beraksi bersama Arsenal sehingga pertengahan Februari tahun depan.

Penyerang berusia 31 tahun itu diketepikan dalam dua perlawanan sebagai hukuman kerana lewat pulang ke United Kingdom minggu lalu selepas pulang melawat ibunya di Perancis.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan dia tidak berhasrat menurunkan bekas kapten The Gunners itu dalam masa terdekat.

"Tidak... dia tidak akan beraksi untuk perlawanan ini," katanya dalam sidang media praperlawanan menentang Leeds United pada awal pagi Ahad.

Aubameyang dijangka melaporkan diri untuk saingan antarabangsa bersama Gabon menjelang Piala Negara-Negara Afrika yang akan bermula pada 6 Januari ini.

Ia bermakna jika Gabon mara lebih jauh dalam kejohanan di Cameroon itu, dia tidak akan diberikan tempat hingga Arsenal menentang Wolverhampton Wanderers pada 10 Februari.

Aubameyang berlatih sendiri ketika ini tidak diturunkan dalam dua aksi terakhir ketika The Gunners menewaskan Southampton 3-0 dan menang 2-0 ke atas West Ham.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!