GPS kekal di Satok dengan kemenangan mudah

GPS kekal kuasai kerusi DUN Satok pada PRN Sarawak Ke-12 selepas calonnya, Datuk Ibrahim Baki menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti 6,033 undi.
GPS kekal kuasai kerusi DUN Satok pada PRN Sarawak Ke-12 selepas calonnya, Datuk Ibrahim Baki menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti 6,033 undi.
A
A
A

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) selepas calonnya, Datuk Ibrahim Baki menewaskan dua pencabarnya dengan majoriti 6,033 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Satok, Dr Hadysyam Junaidi mengumumkan Ibrahim memperoleh 6,991 undi, manakala Awang Badele Awang Ali dari Parti Bumi Kenayalang (PBK) memperoleh 415 undi dan Dr Nor Irwan Ahmad Nor dari PKR (958 undi).

Pada PRN Ke-11, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memenangi kerusi Satok untuk lapan penggal mengalahkan pencabarnya Mohammad Salleh Shawkatali dari PKR dengan majoriti 5,045 undi.

Hadysyam berkata, peratusan mengundi bagi DUN Satok ialah 59.29 peratus, manakala jumlah undi yang ditolak ialah 71 kertas undi.

Ibrahim dinamakan sebagai calon GPS bagi kawasan DUN Satok, selepas Abang Johari memutuskan untuk bertanding di kawasan DUN Gedong pada PRN Sarawak kali ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!