Banjir di Kelantan bertambah buruk, cecah 3,661 mangsa

Keadaan air Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu menunjukkan trend menaik.Foto: Facebook Fakhrul Fauzi
Keadaan air Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu menunjukkan trend menaik.Foto: Facebook Fakhrul Fauzi
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila bilangan mangsa mencecah 3,661 orang melibatkan lima jajahan setakat jam 8.30 pagi pada Ahad.

Ia melibatkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Menurut aplikasi InfoBanjirJKM, jajahan Gua Musang menempatkan mangsa banjir tertinggi setakat ini iaitu seramai 2,512 orang.

Kuala Krai menempatkan mangsa banjir kedua tertinggi seramai 832 orang, diikuti Jeli (137) dan Tanah Merah (92) dan Pasir Mas (88) iaitu di Rantau Panjang.

Sehingga kini hujan masih lagi melanda seluruh Kelantan dan penduduk di kawasan rendah diingatkan sentiasa berwaspada dan peka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!