PRU15: UMNO tidak tanding di Penampang

Mohd Hasnol ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Perwakilan UMNO Bahagian Penampang di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Mohd Hasnol ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Perwakilan UMNO Bahagian Penampang di Kota Kinabalu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA KINABALU - UMNO Bahagian Penampang mengesahkan tidak akan meletakkan calon di Parlimen Penampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Datuk Mohd Hasnol Ayub berkata, parti itu akan memberi laluan kepada calon daripada rakan komponen dan seterusnya membantu calon yang akan diketengahkan itu.

"Tidak bertanding di Penampang. Kami cuma jadi ahli komponen yang membantu rakan-rakan yang diketengahkan menjadi calon di Penampang," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Perwakilan UMNO Bahagian Penampang di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada UMNO Bahagian Penampang akan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Penampang pada PRU15.

Mohd Hasnol berkata, bagaimanapun belum ada keputusan jika calon yang diketengahkan adalah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Sekarang ini tidak tahu keadaan yang sebenarnya tetapi yang jelas ialah komponen di dalam Barisan Nasional (BN).

"Dalam BN ada MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan UMNO sendiri," katanya.

Beliau menegaskan bahawa sebarang keputusan adalah daripada pihak tertinggi kepimpinan.

Artikel Berkaitan:

Parlimen Penampang sebelum ini merupakan kerusi tradisi komponen BN iaitu Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), namun parti itu tidak lagi bersama BN selepas meninggalkan gabungan berkenaan pada 2018.

Kali terakhir UPKO memenangi kerusi Parlimen Penampang atas tiket BN ialah pada 2008 oleh presidennya ketika itu, Tan Sri Bernard Dompok.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!