Lapan rumah terjejas tanah runtuh di Sungai Penchala

Keadaan rumah penduduk di Kampung Palembayan Sungai Penchala yang terjejas akibat tanah runtuh.
Keadaan rumah penduduk di Kampung Palembayan Sungai Penchala yang terjejas akibat tanah runtuh.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kira-kira lapan rumah di Kampung Palembayan Sungai Penchala di sini terjejas akibat tanah runtuh dalam kejadian pada malam Sabtu.

Kesemua penduduk itu melibatkan mereka yang tinggal di kawasan lereng bukit.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Keadaan kawasan terlibat tanah runtuh di di Kampung Palembayan Sungai Penchala
Keadaan kawasan terlibat tanah runtuh di di Kampung Palembayan Sungai Penchala

Menerusi gambar yang tular di media sosial, insiden turut menyebabkan jalan raya dipenuhi runtuhan dan ditutup kepada semua kenderaan.

Sinar Harian akan mendapatkan laporan berhubung kejadian ini daripada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!