Arsenal lepasi ranjau Leeds
DUA gol penyerang Brazil, Gabriel Martinelli membantu Arsenal meraih kemenangan dominan 4-1 ke atas Leeds United di Elland Road dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
The Gunners berjaya mengalahkan Leeds dengan persembahan cemerlang pada separuh masa pertama dalam satu-satunya perlawanan liga yang akan diteruskan berikutan peningkatan besar dalam kes Covid-19 dalam kalangan pemain.
Leeds yang dibelasah Manchester City 7-0 di Etihad sebelum ini, ketinggalan 2-0 hasil jaringan minit ke-16' dan 28' Martinelli yang mengantikan peranan
Pierre-Emerick Aubameyang dalam masa 28 minit.
Kekecewaan dapat dirasai di Elland Road apabila Bukayo Saka menambah gol ketiga minit ke-42 untuk Arsenal sebelum rehat, dengan jaringan secara tidak langsung tidak menjulang motivasi dominan kelab London itu.
Leeds yang tidak mengalah bangkit menyaingi Arsenal menerusi jaringan lewat perlawanan apabila Rafinha menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-75' iaitu 15 minit sebelum tamat perlawanan.
Namun gol lewat pemain gantian sensasi Emile Smith Rowe pada minit ke-84', menoktahkan kebangkitan Leeds dalam perlawanan itu.
Tiga mata itu merupakan kejayaan liga ketiga berturut-turut Arsenal sekali gus mengukuhkan status kelompok empat fantastik dalam kedudukan, manakala kekalahan Leeds merupakan tamparan kedua berturut-turut Leeds menyebabkan kelab itu tercicir ke tempat ke-16.
Sementara itu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta berkata, "Saya sangat gembira dengan prestasi, minggu yang kami lalui, dan cara kami bergerak ke hadapan..
"Ia sentiasa sukar untuk bermain menentang kelab seperti Leeds United yang tidak berputus asa pada separuh masa kedua.
"Biarpun begitu saya gembira kerana bukan mudah untuk bermain seperti yang kami lakukan dalam suasana liga seperti ini. Sejujurnya kami melalui fasa penuh cabaran."
Untuk rekod, ini adalah kali pertama Leeds tewas tiga perlawanan liga berturut-turut di bawah pengurus Marcelo Bielsa yang tampil tanpa peledak sensasi Patrick Bamford,.
"Terdapat lebih banyak peluang yang dihasilkan daripada gol yang mereka jaringkan.
“Apabila kami kehilangan bola di bahagian kami sendiri, ini meningkatkan jumlah peluang yang mereka (Arsenal) boleh cipta.
"Sejujurnya sokongan padu penyokong-penyokong menyuntik semangat para pemain.
"Ia bukan mudah apabila sebuah pasukan dibolosi 14 gol dalam tiga perlawanan terakhir. Jika penyokong tidak begitu menyokong saya, saya boleh memahaminya," kata Bielsa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!