Harga ayam di Kelantan semakin stabil

Ayam Jagung antara pilihan pemborong yang ada di negeri ini.
Ayam Jagung antara pilihan pemborong yang ada di negeri ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Harga jualan ayam di negeri ini semakin stabil mengikut dua kategori berbeza iaitu jualan secara borong dan jualan secara runcit.

Pengurus Ayam Jagung Resources, Mohd Anwari Zulkifli berkata, ayam di kedainya kini dijual dengan harga RM7.99 sekilogram untuk kategori borong manakala RM8.50 untuk jualan secara runcit.

"Buat masa ini kita tentukan harga ini sebab kami pemborong maka boleh dijual dengan harga seperti itu. Apa yang penting, harga jualan ayam kita masih stabil dan lebih murah daripada sebelum ini,"katanya kepada Sinar Harian di sini.

Perkara yang sama diakui Pengurus Besar Econsave Pantai Timur, Toh Sharin yang memberitahu, pihaknya terlibat dengan Jualan Keluarga Malaysia dan ayam dijual dengan harga serendah RM6.99 sekilogram.

Econsave turut berkolaborasi dalam Jualan Keluarga Malaysia dan menjual ayam dengan harga yang murah.
Econsave turut berkolaborasi dalam Jualan Keluarga Malaysia dan menjual ayam dengan harga yang murah.

"Memang kami berkolaborasi untuk Jualan Keluarga Malaysia dan itu adalah harga yang telah ditetapkan kementerian. Untuk jualan biasa kita akan jual paling tinggi pun RM8 sekilogram.

"Sambutan untuk jualan Keluarga Malaysia amat mengalakkan dan untuk Kelantan, kita lanjutkan jualan selama tiga hari iaitu Jumaat hingga Ahad. Sepatutnya dua hari sahaja,"katanya.

Sementara itu, seorang peniaga runcit di sebuah pasar di sini, Zarina Abdullah, 52 memberitahu, dia dan beberapa rakan yang lain masih menjual ayam dengan harga RM9 hingga RM9.30 sekilogram sebagaimana yang di benarkan pihak kementerian.

Artikel Berkaitan:

Zarina memberitahu bekalan tetap ada walaupun dalam musim tengkujuh.
Zarina memberitahu bekalan tetap ada walaupun dalam musim tengkujuh.

"Kami masih jual dengan harga tersebut sebab harga kami ambil dengan pemborong pun sudah tinggi. Kami boleh untung RM0.50 sahaja. Paling maksimum jualan ialah RM9.30 mengikut ketetapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) KPDNHEP.

"Apa yang penting, bekalan sentiasa ada dan operasi jualan juga berjalan dengan baik,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!