Ambank tawar moratorium hingga enam bulan

No Image Caption
A
A
A

PELANGGAN Ambank Group yang terjejas akibat banjir ditawarkan moratorium sehingga enam bulan untuk semua kemudahan pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit, tanpa caj lewat atau penalti dikenakan sepanjang tempoh moratorium.

Selain itu, pelanggan yang ingin penggantian buku simpanan, buku cek, sijil simpanan tetap, ATM, kad Kredit dan Debit akan dikecualikan daripada semua caj sampingan dan penggantian, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir dalam kenyataan hari ini.

“Ini adalah tempoh mencabar untuk rakyat Malaysia. Bank komited untuk menyediakan bantuan banjir kepada semua pelanggan kami yang terjejas melalui Program Bantuan Banjir kami. Ingatan dan doa kami di AmBank Group adalah untuk mereka yang terjejas akibat banjir,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pelanggan AmBank yang mengalami kesukaran dan gangguan akibat banjir boleh menghubungi cawangan terdekat atau Pusat Panggilan 24 jam AmBank di talian 03-2178 8888.

Selain membantu pelanggannya, bank itu melalui Kelab AmBank Group akan menyediakan bantuan kewangan kepada kakitangannya yang terjejas akibat banjir bagi meringankan kesukaran yang mereka hadapi dalam tempoh mencabar ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!